Pages

Thursday 20 October 2011

JENIS-JENIS PAIP

Terdapat 3 jenis paip :



1.  Paip Besi Galvani


2.  Paip PVC



3. Paip Poli HDPE

Sistem Perpaipan

Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari mengenai sistem bekalan air. Pelajar akan dapat mengetahui :
  • sistem bekalan air
  • fungsi-fungsi paip
 


Sistem Terus : 






  • Membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke tangki simpanan air, pili dapur dan pili di luar rumah.                             
  • Keburukan : sistem terus tidak dapat membekalkan air sekiranya berlaku sebarang gangguan atau kerosakan.

Sistem Tidak Terus:



A - Paip Bekalan                                            
B - Meter Air                                                  
C - Paip Perkhidmatan                                    
D - Paip Perkhidmatan                                      
E - Kunci Paip          
F - Tangki Simpanan Air
G - Tab Mandian dan Tandas
H - Tab Sinki Cuci Tangan
I  - Sinki Dapur                
J - Paip Agihan                    


  • Membekalkan air dari tangki simpanan air ke pili-pili tandas atau bilik air.
  • Fungsi :    
  • 1) Air tersimpan agak lama di dalam tangki simpanan dan sesuai untuk urusan harian seperti mandi dan mencuci pakaian.                                
  • 2) Tekanan air rendah.                                                                                                      
  • Kebaikan : sekiranya berlaku gangguan atau sebarang kerosakan pada sistem utama, tangki air jenis ini masih mampu untuk membekalkan air.    

Fungsi-fungsi Paip

1. Paip Perkhidmatan :



Paip yang menghubungkan meter air di luar rumah ke tangki simpanan air.



2. Paip Limpah :




Paip yang menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air apabila berlaku kerosakan pada injap bebola.


3. Paip  Agihan 

Paip yang menyalurkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti alat mandian hujan.

4. Paip Cuci


Paip yang menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air apabila kerja pembersihan di lakukan.


5. Paip Perhubungan




Paip yang menghubungkan paip utama dengan meter air di luar rumah.